Tuesday, March 10, 2020

MESYUARAT AJK PPKPM KALI PERTAMA

10 MAC 2020 - Bertempat di Pkg Jengka, Jengka 6 dengan Kehadiran Encik Hisyam Ariffin Pegawai PPD Maran.



Thursday, March 5, 2020

Wednesday, January 29, 2020

SALAM TAKZIAH BUAT GPK PENTADBIRAN SKJP2

28 JANUARI 2020 - Seluruh keluarga PK Pentadbiran Maran mengucapkan Salam Takziah kepada Pn. Rohayati PK Pentadbiran SKJP2 yang pemergian suami tersayang En. Azlan, Guru Besar SKJ2 kembali ke rahmatullah pada 28.1.2020 di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh.

Pengerusi PPKPM yang baru dilantik menggantikan En. Hisham,  En. Fatah telah menyantuni Pn. Rohayati dengan menyampaikan sumbangan PPKPM di kediaman beliau.


Friday, July 26, 2019

PENGURUSAN PBPPP FASA 2 PPD MARAN

26 JULAI 2019 - Bengkel Pengurusan PBPPP FASA 2 telah dihadiri oleh sebahagian besar PK Pentadbiran PPD Maran.

Program telah berlangsung di Dewan SMK DESA Jaya menerusi khidmat pegawai Jabatan Pendidikan Pahang dan Unit Pengurusan Sekolah PPD Maran.




Thursday, July 11, 2019

MAJLIS SANJUNGAN BUDI KILAUAN BAKTI PN. RAZIMAH SKJ12

11 JULAI 2019 - Genap 56 tahun, Pn Razimah Mat Lazim pada hari ini telah secara rasmi menamatkan perkhidmatan sebagai guru di sekolah terakhir beliau SK LKTP JENGKA 12.




PPKPM merakamkan ingatan tulus ikhlas dengan ucapan SELAMAT BERSARA.


Monday, June 24, 2019

LAWATAN KEILMUAN DAN PENANDAARASAN

24-25 JUN 2019 - Persatuan Penolong Kanan Pentadbiran Maran Pahang (SR) kini menambah takwim aktiviti tahunan setelah bersama menjayakan Sambutan Aidilfitri Peringkat PPD Maran pada 19 Jun 2019 yang lalu dengan menganjurkan pula Lawatan Keilmuan Dan Penandaarasan ke Batu Pahat Johor Darul Takzim.

SK Penghulu Salleh Batu Pahat Johor 

Lawatan ini turut disertai Pegawai Pendidikan Daerah Maran iaitu Encik Bakri dan En. Burhanuddin.

Sambil melawat PPKPM turut meraikan PK Pentadbiran yang bertukar dan bersara.

Panorama dari Summit Signature Batu Pahat 

Dalam kesempatan ini, PPKPM mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri.

Summit Signature Hotel Batu Pahat Johor